Tuesday, August 31, 2010

Mereka Berdoa Kita Terasa Makbulnya

gumbira yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata..



alhamdulillah..mengikut kalendar masihi edisi jadual perlumbaan kuda yg berwarna-warni ats meja gua ini menunjukkan seluruh umat Islam telah menunaikan ibadah puasa selama 22 hari..8 more days to go sebelum kita menjengah tingkap Syawal..maka berkumandanglah nanti lagu Tan Sri P.Ramlee 'Dendang Perantau' yg bakal merobek hati kami anak2 perantau ini..oh sadisnyaa..

alhamdulillah jgk puasa gua tidak tergugat selama 22 hari ini..hrp dpt bertahan hingga hari terakhir Ramadan..bunyik mcm leluncon tapi gua simpan urusan ini antara gua dan Pencipta gua..cakap lebih kang boley jadi takabbur pulak gua..kureng lah nnt pahala puasa yg gua dambakan selama ini..oh manisnya berpuasa..semanis kurma Yusoff Taiyoobbb (menyebutnya spt dlm iklan di kotak tv menampilkan suara gadis misteri yg mempunyai echo di penghujung 'Taiyoob') :p

posting kali ini gua tidak akan membicarakan mengenai meriahnya bulan Ramadan yang masih di isi dgn aktiviti yg bersumberkan TEMPURUNG LUTUT pemikirannya..kes seperti diserbu berkhalwat di siang hari (kinky tahap cerpelai musim mengawan sangat ker bro/akak yg terlibat nih gua nk tanyer?..) ,kes buang bayi masih dlm ratio yg membanggakan mengikut indeks kaum jahiliyah,kes kena kejar dgn penguatkuasa kerna tidak berpuasa sambil makan di tempat awam (samseng sangat ke bro?!)..dan kes budak melambung atas pokok meninggal dunia otak terburai dek penangan impak letupan karbaid di stor simpanan mercun milik ayahnya yg bercita-cita mahu menjadi entrepreneur bahan letupan yang gah di bulan Ramadan yg mulia ini..takziah kpd keluarga arwah..

hmm..menghairankan,menyedihkan dan pastinya memalukan..

posting kali ini gua ingin menyentuh betapa lajunya masa bersilih ganti dan ketika masih segar memori kita dgn suasana puasa tahun lepas sedar tak sedar Ramadan sudah menjengah kembali..pasti ada jawapan di sebalik misteri kepantasan ini agaknya gua bertanya di dlm benak hati gua yg berbentuk jantung pisang ini..satu persatu ingin gua rungkaikan agar gua dapat manfaat dpd teori ciptaan gua ini..kenapa begitu cepat masa berlalu?..hmm

dalam kekaburan mencari jawapan..setelah menemui beberapa rakan taulan utk bertukar pandangan dan menyatakan metodologi masing-masing atas mekanisme berlakunya kepantasan di luar pandangan zahiriah ini..maka akhirnya mata lahiriah gua terbuka jua hendaknya..walaupun tidak kukuh pandangan/teori gua ini tetapi sedikit sebanyak dpt mengubat luka inkuiri yg lama berkampung di minda gua selama ini..gua bersyukur bulan yang lebih mulia dpd seribu bulan ini masih mampu menyegarkan minda gua yg hampir lesu ini utk bertemu jawapan..

hati gua kuat mengatakan bahawa semua ini berlaku kerna makbulnya doa anak-anak yatim piatu yg beragama Islam di seluruh pelusuk dunia..yaa,gua pasti..gua sanggup makan sate 30 cucuk untuk mempertahankan teori amatur gua ini..

jika kalian melihat senario ketika menjelang Aidilfitri..kanak-kanak lah yg menyambutnya bagai tiada esok ataupun lusa mahupun tulat..ikut kudrat hati mereka semahunya dihabiskan hari itu jugak kemeriahannya tanpa meninggalkan baki utk kendian harinya..bak kata orang dulu-dulu lahh..

boleh anda bayangkan pulak jika yg berdoakan kehadiran Ramadan/Syawal itu adalah anak-anak yatim piatu?!..anak-anak yatim piatu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kpd kita untuk menjaganya..diamanahkan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W kpd kita untuk menjaga kebajikannya..

maka kita tiada alasan untuk menolak kenapa Ramadan/Syawal terasa begitu cepat datang kembali sedangkan memori kita pd tahun lepas masih segar di ingatan..gua berpendapat ini semuanya kerna makbul doa mereka si anak yatim piatu yg tiada berayah dan tiada beribu :(

kenapa pula mereka berdoa agar Ramadan/Syawal dicepatkan?..

jawapannya amat mudah..tidak perlu menjadi pegawai PTD untuk menjawab persoalan ini..kerna brader penjual popia basah di bazar ramadan pun pasti dpt menjawab persoalan ini dgn flying colors bak kata bangsa sewarna Janice Dickinson..

kerna pada bulan Ramadan inilah aktiviti bersedekah bercambah bak cendawan butang selepas hujan monsun..banyak syarikat-syarikat swasta,badan-badan NGO,perseorangan mahupun kerajaan berlumba-lumba bagai pertandingan berlari dlm guni utk menyempurnakan amalan mulia ini..kalau kalian sangsi,tengok sahaja berita di kaca tv..byk berita mengenainya..syukur ke hadrat Ilahi bila gua mengenangkannya..

dalam bulan Ramadan menjelang Syawal inilah peluang mereka utk bergumbira walaupun ianya sekejap sahaja..kerna dlm bulan inilah mereka lebih disayangi,lebih diberi perhatian,lebih perkongsian duit raya,lebih cantik baju kurung/baju melayu dpd hari biasa,lebih manis senyuman masing2 dan lebih banyak pahala bagi yg bersedekah/menyumbang tersebut..insya-Allah..sesungguhnya bersedekah itu adalah amalan mulia :)

gua tersenyum puas dan hampir menitikkan air mata melihat raut wajah mereka yg ternyata gumbira di atas setiap bentuk sumbangan itu..hilai tawa mereka merupakan satu bentuk kepuasan kepada kita yg bernasib baik ini..sementelah itu gua berfikir,apalah sangat jika gua menyental megi ketika hujung bulan jika dibandingkan dgn mereka-mereka ini entah pernah ke tak menikmati megi dan hanya makan sedap2 ketika menjelang Ramadan sahaja??..sekurang-kurangnya ada jugak dlm sebulan gua sental nasi beriyani sambil jadi bodoh sekejap atas kekenyangan tersebut..mereka pernah ke makan nasi beriyani tiap-tiap bulan??..masya-Allah,gua betul2 insaf..gua betul2 malu..gua mesti rendah hati selepas ini kerna masih ada yg lg sedih hikayat hidupnya dpd gua yg serba serbi sempurna ini..ampunkan dosa hamba-Mu ini ya Allah jika tidak pernah bersyukur pd nikmat-Mu!! :(..

maka terlerai kekusutan gua memikirkan kenapa Ramadan tahun ini dtg dgn begitu cepat..banyak lagi teori lain yg boleh diterima akal..tapi gua saja nk mengutarakan betapa ajaibnya doa-doa mereka ini..kita tidak nampak tapi kita dpt merasakannya..semoga semua anak-anak yatim piatu di seluruh dunia mendapat manfaat barakah di bulan yg mulia ini..harapannya agar mereka tidak rasa disisihkan..senyuman mereka berkekalan selamanya..

tiada beza antara kita..darah mereka turut berwarna merah..mereka turut melafazkan syahadah yg sama tetapi bezanya hanya kita lebih bernasib baik dpd anak-anak ini..harapan gua,jika diberi kesempatan dan rezki lebih di hari muka agar gua dpt bersama-sama meraikan bulan yg mulia ini bersama anak-anak ini..janganlah gua lokek dan kedekut kerna harta di dunia tidak dpt gua bawa ke liang lahad..hanya amalan yang baik di sisi Allah sahaja yang menentukan syurga dan neraka kita..

dan semestinya kita mendambakan Syurga janji Allah S.W.T kepada kita..amin :)


* gambar riang gumbira anak yatim piatu diatas ihsan saudara Aris Khomeini

No comments:

Post a Comment