Tuesday, August 31, 2010

Mereka Berdoa Kita Terasa Makbulnya

gumbira yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata..



alhamdulillah..mengikut kalendar masihi edisi jadual perlumbaan kuda yg berwarna-warni ats meja gua ini menunjukkan seluruh umat Islam telah menunaikan ibadah puasa selama 22 hari..8 more days to go sebelum kita menjengah tingkap Syawal..maka berkumandanglah nanti lagu Tan Sri P.Ramlee 'Dendang Perantau' yg bakal merobek hati kami anak2 perantau ini..oh sadisnyaa..

alhamdulillah jgk puasa gua tidak tergugat selama 22 hari ini..hrp dpt bertahan hingga hari terakhir Ramadan..bunyik mcm leluncon tapi gua simpan urusan ini antara gua dan Pencipta gua..cakap lebih kang boley jadi takabbur pulak gua..kureng lah nnt pahala puasa yg gua dambakan selama ini..oh manisnya berpuasa..semanis kurma Yusoff Taiyoobbb (menyebutnya spt dlm iklan di kotak tv menampilkan suara gadis misteri yg mempunyai echo di penghujung 'Taiyoob') :p

posting kali ini gua tidak akan membicarakan mengenai meriahnya bulan Ramadan yang masih di isi dgn aktiviti yg bersumberkan TEMPURUNG LUTUT pemikirannya..kes seperti diserbu berkhalwat di siang hari (kinky tahap cerpelai musim mengawan sangat ker bro/akak yg terlibat nih gua nk tanyer?..) ,kes buang bayi masih dlm ratio yg membanggakan mengikut indeks kaum jahiliyah,kes kena kejar dgn penguatkuasa kerna tidak berpuasa sambil makan di tempat awam (samseng sangat ke bro?!)..dan kes budak melambung atas pokok meninggal dunia otak terburai dek penangan impak letupan karbaid di stor simpanan mercun milik ayahnya yg bercita-cita mahu menjadi entrepreneur bahan letupan yang gah di bulan Ramadan yg mulia ini..takziah kpd keluarga arwah..

hmm..menghairankan,menyedihkan dan pastinya memalukan..

posting kali ini gua ingin menyentuh betapa lajunya masa bersilih ganti dan ketika masih segar memori kita dgn suasana puasa tahun lepas sedar tak sedar Ramadan sudah menjengah kembali..pasti ada jawapan di sebalik misteri kepantasan ini agaknya gua bertanya di dlm benak hati gua yg berbentuk jantung pisang ini..satu persatu ingin gua rungkaikan agar gua dapat manfaat dpd teori ciptaan gua ini..kenapa begitu cepat masa berlalu?..hmm

dalam kekaburan mencari jawapan..setelah menemui beberapa rakan taulan utk bertukar pandangan dan menyatakan metodologi masing-masing atas mekanisme berlakunya kepantasan di luar pandangan zahiriah ini..maka akhirnya mata lahiriah gua terbuka jua hendaknya..walaupun tidak kukuh pandangan/teori gua ini tetapi sedikit sebanyak dpt mengubat luka inkuiri yg lama berkampung di minda gua selama ini..gua bersyukur bulan yang lebih mulia dpd seribu bulan ini masih mampu menyegarkan minda gua yg hampir lesu ini utk bertemu jawapan..

hati gua kuat mengatakan bahawa semua ini berlaku kerna makbulnya doa anak-anak yatim piatu yg beragama Islam di seluruh pelusuk dunia..yaa,gua pasti..gua sanggup makan sate 30 cucuk untuk mempertahankan teori amatur gua ini..

jika kalian melihat senario ketika menjelang Aidilfitri..kanak-kanak lah yg menyambutnya bagai tiada esok ataupun lusa mahupun tulat..ikut kudrat hati mereka semahunya dihabiskan hari itu jugak kemeriahannya tanpa meninggalkan baki utk kendian harinya..bak kata orang dulu-dulu lahh..

boleh anda bayangkan pulak jika yg berdoakan kehadiran Ramadan/Syawal itu adalah anak-anak yatim piatu?!..anak-anak yatim piatu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kpd kita untuk menjaganya..diamanahkan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W kpd kita untuk menjaga kebajikannya..

maka kita tiada alasan untuk menolak kenapa Ramadan/Syawal terasa begitu cepat datang kembali sedangkan memori kita pd tahun lepas masih segar di ingatan..gua berpendapat ini semuanya kerna makbul doa mereka si anak yatim piatu yg tiada berayah dan tiada beribu :(

kenapa pula mereka berdoa agar Ramadan/Syawal dicepatkan?..

jawapannya amat mudah..tidak perlu menjadi pegawai PTD untuk menjawab persoalan ini..kerna brader penjual popia basah di bazar ramadan pun pasti dpt menjawab persoalan ini dgn flying colors bak kata bangsa sewarna Janice Dickinson..

kerna pada bulan Ramadan inilah aktiviti bersedekah bercambah bak cendawan butang selepas hujan monsun..banyak syarikat-syarikat swasta,badan-badan NGO,perseorangan mahupun kerajaan berlumba-lumba bagai pertandingan berlari dlm guni utk menyempurnakan amalan mulia ini..kalau kalian sangsi,tengok sahaja berita di kaca tv..byk berita mengenainya..syukur ke hadrat Ilahi bila gua mengenangkannya..

dalam bulan Ramadan menjelang Syawal inilah peluang mereka utk bergumbira walaupun ianya sekejap sahaja..kerna dlm bulan inilah mereka lebih disayangi,lebih diberi perhatian,lebih perkongsian duit raya,lebih cantik baju kurung/baju melayu dpd hari biasa,lebih manis senyuman masing2 dan lebih banyak pahala bagi yg bersedekah/menyumbang tersebut..insya-Allah..sesungguhnya bersedekah itu adalah amalan mulia :)

gua tersenyum puas dan hampir menitikkan air mata melihat raut wajah mereka yg ternyata gumbira di atas setiap bentuk sumbangan itu..hilai tawa mereka merupakan satu bentuk kepuasan kepada kita yg bernasib baik ini..sementelah itu gua berfikir,apalah sangat jika gua menyental megi ketika hujung bulan jika dibandingkan dgn mereka-mereka ini entah pernah ke tak menikmati megi dan hanya makan sedap2 ketika menjelang Ramadan sahaja??..sekurang-kurangnya ada jugak dlm sebulan gua sental nasi beriyani sambil jadi bodoh sekejap atas kekenyangan tersebut..mereka pernah ke makan nasi beriyani tiap-tiap bulan??..masya-Allah,gua betul2 insaf..gua betul2 malu..gua mesti rendah hati selepas ini kerna masih ada yg lg sedih hikayat hidupnya dpd gua yg serba serbi sempurna ini..ampunkan dosa hamba-Mu ini ya Allah jika tidak pernah bersyukur pd nikmat-Mu!! :(..

maka terlerai kekusutan gua memikirkan kenapa Ramadan tahun ini dtg dgn begitu cepat..banyak lagi teori lain yg boleh diterima akal..tapi gua saja nk mengutarakan betapa ajaibnya doa-doa mereka ini..kita tidak nampak tapi kita dpt merasakannya..semoga semua anak-anak yatim piatu di seluruh dunia mendapat manfaat barakah di bulan yg mulia ini..harapannya agar mereka tidak rasa disisihkan..senyuman mereka berkekalan selamanya..

tiada beza antara kita..darah mereka turut berwarna merah..mereka turut melafazkan syahadah yg sama tetapi bezanya hanya kita lebih bernasib baik dpd anak-anak ini..harapan gua,jika diberi kesempatan dan rezki lebih di hari muka agar gua dpt bersama-sama meraikan bulan yg mulia ini bersama anak-anak ini..janganlah gua lokek dan kedekut kerna harta di dunia tidak dpt gua bawa ke liang lahad..hanya amalan yang baik di sisi Allah sahaja yang menentukan syurga dan neraka kita..

dan semestinya kita mendambakan Syurga janji Allah S.W.T kepada kita..amin :)


* gambar riang gumbira anak yatim piatu diatas ihsan saudara Aris Khomeini

Sunday, August 1, 2010

Bicara Bak Itik & Ayam Tetapi Kami Bahagia Menyusuri Senja

Syurga Berbisik Penghuninya Tersenyum Bagai Diusik


sejak kebelakangan ini gua keseorangan..tanpa gua sedari usia bersendirian ini telah mencecah hampir 16 tahun lamanya!!..ini satu rekod cemerlang bg manusia yg hambar rutinnya spt gua..mereka enggan tahu bagaimana gua boleh menghadapi segalanya bersendirian..hanya mereka ingin tahu..ahh,dia hidup lagi rupanya..baguslah tuh..hmm,apa boleh buat,gua tiada pencapaian yg boleh dibanggakan sepanjang karier gua sbg manusia ini..ceritanya sama sejak 16 tahun yg lepas..gua pun tidak naik hairan tapi naik bijak jadinya :)..

untuk menafikan pernyataan gua di atas..tidaklah gua keseorangan sesangat..gua keluar dari rumah sudah terpacul muka-muka penghuni dunia iaitu jiran-jiran gua yg menyimpan seribu satu rahsia..muka tersenyum manis jangan disangka manis belaka cerita masing-masing..jika diolah dgn betul dan plot jalan cerita ditambah baik dgn skrip yg superb..kemungkinan besar akan menjadi naskah teragung penceritaan tabiat manusia penghujung zaman sekarang..

untuk membenarkan pernyataan perenggan kedua gua diatas..kami sering bergaul pagi sampai ke senja..tetapi apa yg berlaku di dlm rumah hanya kami dan Tuhan masing-masing saja yg tahu..jiran gua meliputi bangsa melayu,cina,india dan bangsa baru yg belum didaftarkan iaitu 'pengkid'..kami lambang 1Malaysia..kami meraikan kehidupan tetapi sampai sekarang kami musykil kenapa perlu berbaju batik hanya kerna kerajaan menyuruh bukannya datang sendiri dari hati kami?!?..hahahaaa..ngomelan warga gomen kadangkala melucukan..

mukadimah serba sedikit memeningkan..ini bagus kerna otot-otot otak perlu dicanangkan dgn agenda-agenda kabur supaya tidak kendur ketika menuju klimaks penceritaan kelak..jika dileraikan dlm bahasa Malaysia pasar..'kasi warm up la otak tu sket cik minah oiii'..

okie..gua nk start apa sebenarnya gua nk sampaikan pada hari yg bermendung ini..agaknya hujan akan turun seperti biasa petang ini..yang pasti jalan akan jammed dan terowong SMART akan ditutup..tetapi yg tidak pasti adakah esoknya hari akan hujan juga?..tiada apa yg pasti kecuali mati..

okie..ini betul2 nih..damnedd..oleh kerna kurangnya gua melayan sinetron indonesia sejak kebelakangan ini maka percambahan benih-benih kebijaksanaan yg melampau telah berlaku aktif di otak gua..baru gua faham..menonton sinetron indonesia yg beratus-ratus episod boleh mencacatkan minda kita kerna plot ceritanya yg agak boleh diagak dan betul-betul menutoh kebijaksaan para penontonnya telah menyebabkan fenomena bodoh terlampau..akhirnya kita akan buat video peribadi seperti Ariel,Luna Maya dan Cut Tari..mereka cantik,tapi sayang kedangkalan akalnya tidak seiring nafsunya yg berfantasi kabur..bila ditanya..kenapa buat begitu jika dah tahu yg suatu hari nnt semuanya akan terbongkar..jawabnya..entah,tidak tahu........jawapan yg lemah menunjukkan mereka masih belum matang dan tidak ambil pusing perasaan org lain..agaknya anda seorang saja duduk di muka bumi ini??..fikirlah untuk kali kedua dengan beristighfar banyak-banyak kerna dahulunya kita mengaku kita Islam tetapi bila ditimpa bencana kita masih tidak mengadu pada-Nya..kesian kugiran Peterpan..lagunya hiasan setiap karaoke jamban kini tinggal sejarah..

andai gua ialah Sir James Barrie (pencipta watak Peter Pan)..memang gua sumpah Ariel jadi sesumpah..kasi malu nama Peterpan sahaja yg kini dikenali sbg Peterporn!!..gilar ahh ding dong..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

gua akui sejak kebelakangan ini juga..gua byk berinteraksi dgn warga-warga emas..komunikasi kami agak jujur dan dlm masa yg sama gua boleh mengisi 16 tahun kebosanan gua selama ini..mungkin juga gua merindukan interaksi gua dgn mak/bapak gua?..itu pun betul kerna boleh dibilang dgn jari 'perbualan kualiti' kami semenjak gua berumur 12 tahun..bermula umur 13 tahun gua sudah mengembara bagai ditiup angin monsun..baru gua sedar..banyak perkara indah yg sepatutnya berlaku dlm hidup gua telah gua lepaskan kerna mengejar sesuatu yg tidak pasti..hmm..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

sebelum gua menjengah pintu opis..gua akan singgah di gerai nasi lemak Mak Mah..nama penuhnya Fatimah..Mak Mah tu nama komersial lah kiranya utk empunya diri dlm industri kecil-kecilan nasi lemak terunggul di tanah jajahan Pandan ini..

orangnya bertudung ala-ala Datuk Siti Nurhaliza:p..umurnya mungkin dlm lingkungan 60an..gua betul-betul kagum..kerna tidak silap gua hasil perbualan kami,beliau adalah ibu tunggal dan hasil penjualan nasi lemaknya itulah dia membesarkan anak-anaknya smp ke menara gading..whoaaa..

perkenalan kami mengambil masa hampir setahun utk bertegur sapa..itupun Mak Mah yg mulakan..bak kata Mak Mah..byk2 customer dia..gua antara karakter yg menarik perhatian dia..apa yg menarik ialah gua bermuka serius dan fesyen rambut gua byk variasinya..sekejap gua boleh menjadi ala-ala guru taska berambut sisir kemas di tepi dan kadangkala rambut gua mengalahkan artis korea bagaikan tidak terurus..Mak Mah sudah menyaksikan ketika gua berambut pendek ala-ala gomen,berambut hampir2 panjang spt salesman karpet dan berambut betul2 panjang bagai pontianak..Mak Mah kagum..gua mengusiknya bhw masa kecik2 mak gua selalu sapu dgn minyak kelapa,sbb tulah rambut gua lebat..Mak Mah layan sajaa auta gua..

isi perbualan dgn Mak Mah byk merangkumi segala aspek kehidupan..kadang2 kami boleh bergelak tawa bagai anak dgn mak dan ini menghadirkan cemburu kpd assistant nya..iaitu cucu perempuannya..smp ke hari ini gua x tahu nama dia..mungkin sebaya dgn adik gua kt kampung..telefon bimbit tidak lekang di tangannya..Mak Mah bitau cucunya boleh tahan nakalnya..whoaaa..hati-hati dik,enjoylah cinta monyet tu betul-betul..sblm terkinja2 di kendian hari..kalu x adik yg tipu org kendian hari,org yg akan tipu adik..bisik gua dlm hati bagaikan gua pernah bercinta agung sebelum ini..tiada istilah cinta sejati sesama manusia kerna ia tidak kekal..yg kekal ialah cinta kita kpd Pencipta..gua insaf mengenangkan kedangkalan gua selama ini dlm arena percintaan bermetafora kabur ini..bulan Ramadan yg menjelang nih..rasa mcm nk menyulam cinta dgn Pencipta plak rasanya..insya-Allah..

satu lagi menyebabkan gua istimewa di hati Mak Mah ialah..gua jarang beli nasi lemak!!..gua selalu beli mee hoon..sbb sambal nasi lemak boleh buat gua berpeluh bagai berlari marathon di pagi hari..hahahahaaaa

-------------------------------------------------------------------------------------------------

waktu tengahari selalunya gua berada di region opis gua..sblm pusing site smp KLIA,kenalah gua singgah di region utk update kerja gua..di situ gua akan sering berjumpa dgn ramai makcik-makcik yg gua perhatikan suka sgt menyakat gua dan respon gua cukup simple iaitu senyum sahaja..semakin gua senyum,semakin diorang suka menyakat..alamak makcik,gua rocklah!!..rambut gua panjang nih bersyampu pantene..gua kena jaga reputasi rock serantau..semakin gua buat muka unfriendly..semakin ramai makcik2 dtg berduyun2 berkomunikasi dgn gua..agaknya betul teori adik gua..kitorang adik beradik nih memang dimandikan dgn gula masa kecik2..sbb tuh dah besar nih lu buat muka garang mcm mana pun org akan mudah rapat..kemanisannya ada di situ..hahahaaa

makcik2 itu mgkn sudah termakan dakyah colleague gua yg mengatakan gua nih anak gabenor negeri gua..damnedd..adakah mereka ingin memadankan gua dgn anak dara mereka?..gua kurang pasti kerna kami enjoy bila berborak dan tanpa gua sedari..gualah jadi kaki pengusiknya nnt..hmm..ciri-ciri bakal menantu ideal mmg sudah wujud..kena gilap lagilah kot..hahahaaa

tapi plg ramai makcik2 tuh..gua selesa berborak dgn seorang makcik X..kenapa X?..kerna namanya gua tidak tahu..alangkah ruginya gua..insan seistimewa begitu tidak gua tahu gerangan namanya..kerjanya hanya menyapu laman dan menyiram bunga..dia tersangatlah tua..gua sedih seketika..dia dtg dari seberang dlm usia emas begini tetapi tiada yg mahu berborak dengannya..sejak bila kita mengamalkan kasta?..kita nih lagi best dari dia ker?..kiter confirm ker masuk syurga?..

gua selalu berborak dgn makcik berwajah manis ini..senyumnya terlalu ikhlas sampaikan gua buntu utk berbicara..bahasa indonesia nya pekat bak kopi susu..gua layan sajaa,ini semua berkat menonton sinetron:p gua faham serba sedikit bicaranya..perbualan kami kadang2 ketika dia tengah menyapu laman dan gua akan menyusuri taman bunga yg tidak seberapa cantik landskapnya itu utk berborak walau sepatah dua dgn insan penghuni syurga itu..gua control macho sambil menghisap rokok..sesudah habis berborak,baru gua terdetik..alangkah kurang ajarnya gua menghisap rokok di depannya?!..biarlah gua mati sendirian kerna rokok,jgn org tua itu menanggungnya sekali..memalukan sungguh..bagai tiada ibu bapa yg mengajar gua selama ini..gua malu..gua insaf..esok x nak buat lagi..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

balik dari kerja..auntie Rose pula yg akan menunggu gua di parking lot..agaknya sambil dia beriadah..sambil itu dia menunggu rakan berborak sesi petangnya menunggu senja..iaitu gua..perkenalan gua dgn auntie Rose amat unik kerna namanya pun gua tidak tahu (damnedd..gua biadab,tidak tahu etika berkenalan agaknya)..tetapi dia sering memakai baju typical makcik2 cina dan bertampakan bunga rose..sbb itu gua panggil dia auntie Rose..

menariknya persahabatan kami..kami berbicara bagai Itik & Ayam..auntie Rose umpama langsung tidak tahu berbicara bahasa Melayu..gua pulak,manalah tahu berbicara Kantonis..whoaaa..tetapi oleh kerna keikhlasan kami berkawan iaitu berjumpa kerna Allah dan berpisah kerna Allah (ini fahaman gua seorang shj..auntie Rose fahaman lain) ..kami meneruskan persahabatan pelik tetapi benar ini..kami rancak berborak tetapi isi perbualannya gua mmg kurang faham..seronoknya sampai ke senja..

setelah kami menyusuri senja dan hampir menjengah maghrib..auntie Rose bagaikan faham dan dia akan memberi signal menyuruh gua balik dan mandi..tapi signal yg betul2 buat gua tersentap ialah dia menunjukan seolah-olah bersolat..whoaaaa..gilar ahh ding-dongg..gua malu..mahu tidaknya,jika dia tahu gua tgh struggle nk bersolat skg..mana mahu letak muka ini,tidak guna berwajah kacak berambut panjang tetapi menempah neraka..gua boleh lalai melayan game-show merepek dari Jepun ketika maghrib..aduilaa auntie Rose..kalu u mak gua..u rotanlah gua nih..angannya mahu ke syurga tetapi menunaikan solat amat liat sekali..adussss

-------------------------------------------------------------------------------------------------

malam menjengah pula..auntie Devi plak jd bestfren gua..hahahaaa..ini neighbour sebelah rumah..gua rapat dgn auntie Devi kerna dia pye vadey/muruku yg terbaik pernah gua rasa..masih ingat ketika majlis pertunangan anaknya thn lepas (Kogi)..auntie Devi boleh melayan gua bagai raja..hahahaaa..gua melantak tahap dewa kelaparan kerna kebetulan gaji blm masuk..gua siap request tapau kerna masakannya amat sedap sambil menjilat jari..wajahnya syahdu kerna ikut pendapat gua..gua inilah org muslim pertama melantak masakannya bagai melantak masakan ibu di rumah..jgn risau auntie Devi..u vegetarian..gua plak makan apa saja janji halal..apa nk risau..cakap satu 1Malaysia..bantai sajaa..jgn lupa baca Bismillah :)

auntie Devi pun ibu tunggal juga..gua btl2 respek dgn ibu2 tunggal..mereka amat tabah menghadapi hidup yg kengkadang ding-dong ahh ini..kepada semua ibu tunggal..gua salute sama u all..gua mendoakan kesejahteraan anda di dunia dan akhirat..amin

ehemm..auntie Devi terkejut gua boleh bicara panjang psl artis-artis Kollywood..nak2 lagi Rajnikanth..hahahahaaa..see the brain lah auntie..budak pandai depan mata auntie nih..bukan budak tepi jalan..org pandai2 nih buang ke pulau..silap haribulan boleh jadi Pulau Sentosa pulau tuh..kerna kami pandai..majulah pulau tuh nnt..yeaahhhh

-------------------------------------------------------------------------------------------------

posting gua ini bukan edisi hari ibu..kebetulan semua kenalan gua nih makcik-makcik belaka shj..walaupun sudah dimamah usia..mereka masih tabah menjalani kehidupan yg amat pelik ini..wajah mereka bagai imbasan kecantikan syurga..bicara mereka menunjukkan kematangan mereka dlm teka-teki kehidupan..nasihat mereka bagai wasiat yang tiada tolok bandingnya..

maka ini semua mendamaikan hati gua ketika gua berfikir yg gua bakal berseorangan menghadapi hari muka..gua terlupa ada mamak tempat gua membunuh ruang masa berlebihan,ada housemate yg mcm chipsmore sekejap ada sekejap takde utk bergosip liar dgn gua,ada kawan-kawan sudi berkongsi kisah dongeng bijak dgn gua,ada makcik-makcik yang melayan karenah gua,ada abang dan adik berkongsi cerita turun temurun keluarga dan ada keluarga yg pasti menunggu kepulangan gua..gua puas,gua tidak pernah menyesal..

jauh di dlm hati gua,barulah gua mengerti..rupanya gua amat merindui mak,bapak dan adik beradik gua di benua sebelah sana..jangan risau,gua akan balik jika umur panjang..menebus apa yg patut dan kita akan bergelak tawa spt gua berusia 12 tahun dahulu..ketika gua hanya tahu keluarga sahajalah dunia gua..gua amat merindui saat itu..

nun jauh di sana Syurga Berbisik Maka Seluruh Penghuninya Tertawa Bagai Diusik..bicara hatiku kuat mengatakan mereka semua inilah penghuni Syurga tersebut.. :)