Monday, March 8, 2010

Pabila Kucing Tiada Gigi Tikus Pula Bersorak


gua x boley imagine kucing tadak gigi..x boley jugak gua nk imagine tikus bersorak tu camne..konklusi gua mungkin kucing itu sudah tua dan jisim kalsium dlm tulangnya sudah merudum serta suasana hingar bingar tikus dlm sarangnya merupakan petunjuk yg tikus-tikus itu tengah seronok meraikan kehidupan mereka yg amat ceria..hahaaa..meriahnya menjadi binatang yg tidak berakal kerna tidak perlu membaca kandungan surat khabar yg sarat dgn cerita politik yg tiada kesudahannya..mahu membeli buku yg ilmiah pulak,harganya mcm mahu membayar muka sebuah kereta second hand..hmm..tgk movie tamil jgk best..walaupun hero tidak hensem..tapi boleh ber-close combat ala2 Jason Statham membuatkan diriku khayal jauh dari realiti dunia yang bermusim panas sekarang..panasnyaa..bilalah gaji gua boley beli air-cond nie..nak jgk merasai kesejukan palsu itu disambil menyumbang ke arah pemanasan global yg lebih parah..yeeaaahhhh..

bercerita mengenai kucing..kehidupan gua dan housemate gua sekarang diwarnai dengan kehadiran seekor ibu kucing dan 3 ekor anaknya yg comel..terus terang gua katakan..gua bukan animal lover..gua ialah human lover..buktinya gua lebih selesa berinteraksi sesama manusia walaupun kadangkala manusia itu menjengkelkan dan haiwan-haiwan ini seperti burung pipit,burung wak-wak,belacak,biawak dan sesumpah antara contoh haiwan yg pernah gua lastik semasa kecil..sekadar hobi tapi ia amat menyeronokkan..itulah bestnyer jadi budak kampong..tikus-tikus di kampong pun semuanya bersaiz normal tapi di bandar urban ini..di lorong2 gelap..gua pernah melatah kerna disergah tikus-tikus yg bersaiz paranormal dan kebarangkaliannya membesar ke saiz godzilla amatlah tidak dpt disangkal sama sekali..agaknya 2012 nnt dunia akan kiamat kerna amukan gila tikus-tikus 'godzilla-like sized' ini ke seluruh dunia..simpang malaikat 88,kasi double..

berbalik pd kucing td..gua x tahu bila,kenapa dan mengapa kucing anak beranak itu boleh berada di rumah gua..pernah suatu ketika gua amat pasti yg gua bermimpi ngeri terdengar seperti ngauman manja anak2 kucing di dapur rumah gua sambil jari-jemari tajam mereka membuat bunyik 'screeeeeeeeeeching' spt dlm movie seram Hollywood..kuss semangat..rupa2 nya bukan mimpi..tapi ada PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) yang menyelongkar dapur gua..damned punya kucing..buat sate kang baru tau!!..

gua hilang akal..housemate gua pun hilang akal..kami senang dgn kehadiran kucing yg tidak berjemput ini kerna dengarnya kucing nih haiwan kesukaan junjungan besar Rasulullah S.A.W tetapiiiii...gua ada isu dgn kucing..gua betul-betul..sejujurnya..ikhlasnya mengaku yg gua nih alah/alergic dengan bulu kucing!!..mahu kemas rumah pun gua boleh pakai mask spt mahu mengelakkan jangkitan selsema H1N1 kerna alah dengan debu..inikan pula kalau kucing PATI itu tadi dtg bergolek-golek manja di ruang tamu rumah gua..ini boleh memendekkan nyawa gua..prospek gua mahu merasai nikmat berumahtangga kelak mungkin kabur dan berkubur..oh tidak..

satu fakta yg tidak boleh dinafikan jgk..gua boleh jatuh sakit kerana alahan ini..otak gua akan berpinau,hidung gua akan tersumbat,gua akan meraban speaking london meminta perhatian,perbuatan gua kurang rasional dan mood gua akan menjadi spt gadis sunti yg mendapat period pertamanya..sudahlah gua susah mahu jatuh sakit..kalau sudah kena..alamatnya gua akan berkubang dlm bilik bagai kerbau kesunyian dan berpenyakit tggu untuk diqurbankan semasa raya aidiladha..oh tidak sekali lagii..

pernah gua dan housemate gua membuat komplot utk membuang kucing PATI anak beranak ini jauh ke dunia lain..tidaklah jauh mana..blok sebelah sahaja..tetapi atas kedangkalan manusia rakus berotak lutut iaitu para pembuang bayi..isu pembuangan bayi timbul lagi di muka-muka akhbar utama baru-baru ini..maka kami membatalkan hasrat jahat kami itu..kerna pada hemat kami..menjinjing kotak,berniat jahat mlm2 buta itu nnt boleh menimbulkan fitnah dan syak terhadap polis peronda..perbuatan itu tidak ubah spt membuang bayi manusia pula!!..kang sedap2 tido di atas tilam empuk,kena sumbat dlm lokap pulak tido ats lantai gara2 feloni bodoh ini..hahahaa..

mahu tidak mahu..bersamalah kami melayari kehidupan di pondok usang kami sekarang,1Malaysia lah katakan..gua bersabar kerna yakin semua ini ada hikmah..seperti manusia biasa yg byk kekhilafannya..gua dan housemate gua sempat membuat spekulasi liar mengenai kucing anak beranak itu..keluarga mereka seakan-akan tidak lengkap..semua ini kerna tanpa kehadiran bapa kucing..damnedd..kawasan perumahan gua mmg byk kucing-kucing jantan kasanova..dari junior ke veteran..cukup korum belaka..kesian ibu kucing..ini pasti angkara jantan2 kasanova ini..pandai buat anak tapi x sanggup jaga anak!!..gua sudah memandang serong kucing jantan sekarang..kalau ada peluang,mmg gua jentik telinga diorang sampai berbintat..tapi sekurang2 nya..ibu kucing mahu juga menjaga/menyusu anaknya..adakah kita lebih hina dari haiwan kerna membuang bayi merata2 dgn hanya meninggalkan nota?!?!..wallah hu-alam..kdg2 keciwa melihat manusia begini..tetapi apakan daya..bila nafsu sudah menguasai akal..maka hubaya-hubaya ini terpaksalah berfikir melalui lutut..kasihannya manusia ini..eloknya dulu Tuhan cipta mereka menjadi haiwan agaknya..na'auzubillah..sama2 lah kita ambil iktibar..

kucing oh kucing..apa ana mahu buat sama ente ekk?..kita tggu dan lihat sahajalah..tetapi usah bimbang..mak bapak gua tidak pernah ajar gua untuk menganiaya ibu kucing dan anak2 nya..kisah silam gua melastik haiwan-haiwan lain yg tidak bermaya itu janganlah kita ungkitkan..kerna di waktu itu gua naif dan hampir berfikir melalui lutut jugak..nasib baik mak gua bg gua minum susu Dumex,maka neuron-neuron otak gua berkembang dgn cemerlang..alhamdulillah,gua bijak sekarang tahu mana yang baik dan buruknya..tq mak :)

akhirnya,betul lah kata-kata hikmat idola gua..uncle Karam Singh Walia..pabila kucing tiada gigi..bersorakanlah tikus bertempik gembira..kerna kucing (ibu bapa,keluarga,cekgu,pihak berkuasa) perlu memainkan peranan masing2 dari akar umbi lagi,ajar mereka didikan agama,menjadi ibu bapa merangkap sahabat baik..pantaulah kegiatan tikus (anak2 kita,remaja,belia) ini agar mereka tidak terlanjur dan bertempik bergelumang dosa..di dunia kita boleh ketawa..di kubur?..di akhirat?..hanya Allah sahaja yang tahu..

adakah gua tgh menceritakan senario love & hate situation gua dgn ibu kucing dan anak beranaknya ataupun gua meluahkan rasa keciwa dgn manusia yg berperangai seperti tikus bersaiz paranormal itu?!..wallah-hu alam..satu pesanan gua yg terasa moden dan menghuni pekan urban ini..ianya bukan saranan bagus dlm agama..tetapi lain kali gunalah kondom yerr tikus-tikus nakal..dikala tgh kinky bak tikus godzilla ingat juga kepada Sang Pencipta :)