Thursday, June 23, 2011

Kerna Sesuap Kucing..

kucing golek cecah sos pun sedap jgk..

sudah lama gua tak mengetuk papan pemuka yg ada abjad & nombor nih..nama dia pn gua sudah lupa..mouse ker?..eh ehh,mouse yg cinonet nih..yg besar gedabak nih gamaknya keyboard kot klu x silap gua..

kerna sesuap kucing..

pagi2 buta makhluk yg mempunyai lidah,mata,telinga,nafsu dan akal telah bangun menyahut panggilan azan..yg liat,seperti biasa bergebar totonya seolah setebal karpet kulit biri2 mongolia..orang agama bicara itu umpama menyaluti kulit babi..cara liberal mereka tidak bertoto,biar bertelanjang bulat sejok kandul telornya dipuput pendingin hawa..adakah gua ahlil sunnah ataupun liberal buta tuli?!..jgn tanya gua..gua tgh struggle skg ingin mengenali Yang Satu..

kerna sesuap kucing..

gua melangkah keluar dgn Bismillah sambil berselawat..kerja gua mmg memerlukan doa dan pelindung..kerja gua bukanlah memburu komunis ataupun berjalan kengkang manja ats runway..kerja gua menjadi ejen kolar biru utk penduduk utara hingga ke selatan..kucing?..a'ah banyak kucing mati melintas lebuhraya tanpa melihat kiri dan kanan..tapi sangkaan gua meleset kerna kucing ada 9 nyawa..panjang umur ko kucing sambil gua menggeleng kepala..

kerna sesuap kucing..

bertempikanlah hon-hon kereta mengejut para double parking..belum lagi disendatkan dgn kehadiran lori mengutip sampah..mangsanya ialah makhluk yg akan bekerja shift tengahari/petang mendengar pesta gegak gempita manusia berebut keluar dari isi perut rumah yg masih berkepul2 syuga mimpinya..pujian utk ibu dan bapa yg masak dgn keletah anak liat pergi ke taska..anak2 muda ranggi berbasikal ala2 trek velodrom entah selamat ke tidak luncur ke sekolah menghamba diri kpd marka bukannya cekgu sandaran yg masih pening bilalah kontrak akan menjadi permanent spt yg dijanjikan oleh CUEPACS..kucing?..a'ah banyak kucing jantan jahat tinggal di tetangga yg sewenang2 nya membuat anak seolah2 sepanjang tahun ialah 'mating season' bg mereka..nakal kucing ini sambil gua menggeleng kepala..

kerna sesuap kucing..

yang berdrebarkan pak aji LRT bersendatlah kalian berhati2 dgn tangan penuh onar..mekap tebal serupa opera cina tapi sayang giginya tidak bergosok dgn sentalan fluorida..ada yg tersenyum riang sambil menunjukkan susunan gigi yg teratur putih cantek tapi hanya berdebukan arang..ada yg lupa mengaktifkan celah ketiak dgn ciuman bebola deodorant..ada yg berbau hapak tetapi poket penuh dgn kepala Agong tidak beranatomi lengkap..ampun Tuanku,hanya metafora sahaja,bukannya patik biadap..patik menjunjung tinggi pemerintahan demokrasi berpalimen bertunjangkan Raja..kucing?..a'ah banyak kucing kehairanan melihat gelagat manusia di depan pintu istana..kenapa perlu ramai jika hanya utk menyerahkan petisyen?..kali ini kucing pulak yg menggeleng kepala melihat gelagat manusia..

kerna sesuap kucing..

pagi yg indah masanya melabuhkan tirai..mungkin malamnya penuh drama dan politik kerja yg memenatkan..segalanya indah nak2 lagi bersemayam di kotaraya yg ada gambar menara kembarnya di not-not ringgit menjadi bualan org kampong..baju kerjanya sendat dan berkotak2 minyak wanginya mengalahkan hantaran kahwen..pelanggannya berdahi luas berhidung belang seluar longgar memudahkan pengudaraan mekanisme liarnya nnt..kucing?..a'ah byk kucing berkeliaran di belakang headquarters para kupu-kupu malam berkongsi ruang dan udara sambil berkepul2 asap ditujah ke udara menunjukkan betapa azabnya bermastautin di ibu kota..kupu-kupu itu mengusap kepala kucing-kucing lapar tersebut mengharapkan adanya tulang ayam kentaki utk diratah..

kerna sesuap kucing..

eksekutif muda berambut perang berbetis bak padi bunting tunggu dituai mendengus melihat makcik tua menolak basikal tuanya mencari botol2 dan tin2 aluminium..agaknya makcik itu merosakkan panorama paginya sambil tangannya memegang erat kopi mocha starbuck tapau..setakat rambut bersyampu vidal sassoon sudah pandai menghukum sesama manusia..bibir melecur menghirup kopi yg panas..ingatkan di eropah kerna kopi cepat sejuk tapi malaysia panasnya boleh membasahkan celah kangkang model antarabangsa sekalipun..insaf seketika eksekutif muda itu kerna mengenangkan ibunya juga orang kampong berhuma padi utk mereka adik beradik..bermata airnya,terus menelefon ibu menggunakan iPhone 4 nya itu..kucing?..a'ah melompat2 kucing itu teruja melihat permainan 'angry birds' dlm iPhone eksekutif muda tersebut..lapar 'burung' agaknya kucing ni kot?..dengus eksekutif muda tadi..sah betina kucing nih tekanya rambang sambil pipinya pulak kemerahan..

kerna sesuap kucing..

para majikan swasta boraknya bagai berdentum langit stratosfera..kenal orang ini..kenal orang itu..hisapnya cerut Cuba bukannya cengkih putra sampoerna..main golf bagaikan mainan Lego utk mereka..bermanja dgn Tun-Tun,Tan Sri-Tan Sri,Datuk2,Dato2,kerabat diraja di lounge2 club..bahasanya org london..entertainmentnya bagai american..tapi malangnya ilmu berniaga mcm middle-eastern..tidak mahu berlanggar bahu dgn kita bagaikan yg bagaikan semut amazon..tapi bila dah sengkek mamak hujung corner jugak jadi kunjungan..order pun air sirap saja..bikin malu saja,gua pon boley order melo ais kaw2 punyer..kucing?..a'ah ada kucing bertompok berak kapor dpn majikan borak besar ini..masa melobi tender memandu Merc ataupun BMW..belang sebenar berkain pelikat gajah duduk sebenarnya dan kereta2 itu sewa belaka..kucing pun pandang rendah dgn anda..hmm

kerna sesuap kucing..

tiada beda bangsa..tiada beda agama..tiada beda pegangan politik..tiada beda hierarki social..tiada beda banyak pahala ataupun dosa..tiada beda kerjanya kolar putih atau berdaki biru..tiada beda bahasa..tiada beda segalanya..kerna sesuap kucing..manusia terpaksa meneruskan kehidupan mahu ataupun tidak..hanya akal dan penyerahan segalanya pada Yang Satu menjadi pengukur..

semuanya itu kerna sesuap nasi.. : )

**tiba-tiba gua tersedar dari lamunan..keluar pulak pop-up iklan tiket Firefly murah..biar betul tiket ke Kuching 5 sen jer?..gua pun click nk ushar..dpd menyuap kucing..baik pergi Kuching..makan mee kolok lagi best!!..

Sunday, November 28, 2010

Persandingan Mistikal Di Kaki Piramid

"raja sehari bangsawan mesir bertepung tawar dengan air sungai nil hendaknya.."


mubarako!!..mubarako gua ucapkan kepada pasangan mempelai yg telah melalui proses kehidupan yg amat indah dlm sejarah tamadun manusia iaitu perkahwinan..

ucapan ini agak terlambat tetapi biasalah sebagai manusia yg bakal melalui usia tua tidak berpencen dan mungkin masih membayar hutang piutang ptptn nya nnt..maka gua mengaku..jari jemari gua dan otak gua tidak dapat menzahirkan apa yg bakal gua ucapkan..semuanya itu amat manis belaka tidak bergula..tidak dpt diucapkan dengan kata-kata..

pd 231010 itu hari..maka teman baik gua telah berjabat tangan dgn Tok Kadi..jangan cepat bersenang hati..kerna salaman itu hanya untuk memperkenalkan diri dan memanaskan enjin seketika menunggu 'jabatan' tangan yg bakal mengubah hidupnya..jabatan itu bukan jabatan-jabatan biasa yg kita terserempak di bangunan gomen Putrajaya..ini 'jabatan tangan' si bakal bapak mertua yg akan menikahkan anak gadisnya kepada teman gua yang sudah bersedia menjadi seorang suami mithali..

pada amatan gua..teman gua berlagak cool..entah apa deodorant dipakainya smp cool sebegitu..adakah deodorant jenama AXE yg menampilkan bintang sinetron popular indonesia Asmirandah sbg pelarisnya?..ataupun jenama DASHING yg menampilkan sifat athtletic Remy Ishak spt dlm iklan kotak tv?..ataupun tanpa gua sedari dia telah dlm diam2 telah menguyah sireh berserta air mandrem dari sungai gombak..gua kurang arif..tapi coolnya si dia pd pagi pernikahannya hampir2 menimbulkan fitnah untuk permainan jiwa gua sendiri..

kenapalah gua tidak berfikir yg besar kemungkinan si dia telah selesai solat subuh dan bersujud syukur kpd Ilahi pd hari bersejarahnya ini..hmm,inilah sifat manusia..suka utk berfikir pelik-pelik..malu seketika gua..kerna gua yg kununnya menjadi pengapit akhirnya dikejutkan dpd beradu yg lena oleh si pengantin pd awl pagi itu..sikap gua sungguh menghampakan segala isi langit dan bumi..dan sambil membuat muka kunun2 menggelabah gua pun memandikan diri sementara si bakal pengantin tengah bercakap sorang2 dpn cermin berlatih melafazkan akad nikahnya kelak..hmm..sungguh cool dan stylo..bukan senang utk berlatih dpn cermin..Marlon Brando ataupun Eman Manan blm tentu dpt berlatih skrip dpn cermin..anda memang terbaek sahabatku..namba 1 :)

sampai sahaja di surau yg bakal menyaksikan pernikahan mistikal ini..tiba-tiba gua terfikir lagi..kenapa bukan gua yg drive kereta tadi?..hmm..gua betul2 menghampakan seluruh isi perut bumi dan langit sekali lagi..ini hari sahabat gua..hari ini dia akan ditabalkan sbg raja sehari..gua boley kasi dia drive kereta pd hari bersejarahnya?..hilang akal perbuatan gua ini dan bakal memalukan kawasan parlimen tempat gua mengundi..dan spt biasa akal jahat gua memberontak lagi..agaknya dia x sudi bagi gua drive keta sport dia kot?..ke dia ingat lesen gua lesen terbang senang2 je gua dpt dgn bg cekedis serta jajan kpd pegawai2 JPJ?..gua mendengus kehampaan..

tetapi itulah manusia..kenapalah tidak berfikiran ataupun bersangka baik..kenapa membiarkan aura negatif menguasai diri gua di pagi yg indah itu..perbuatan gua itu tak ubah seperti membiarkan raksasa gorgom memusnahkan Jepun..kerna gua tidak layak dianggap sbg kesatria bajah hitam yg menunggang Belalang Tempur yang agung..gua mengaku gua khilaf..patutnya gua berfikir mungkin sahabat gua ingin mengendurkan urat2 nya..mengajuk suara abg Jem di suria fm sambil menceriakan paginya..dia berhak..kerna dia raja pada hari itu..lagenda mengatakan pada hari si mempelai menjadi raja sehari..darahnya akan bertukar menjadi warna kuning..katanya berdaulat..jangan sesekali membuat mereka murka kerna takut dek kena ketulahan..benar ke tidak?..wallah hu-alam..

pejam celik,pejam celik..akad nikah selesai dengan bilangan lafazan akad dirahsiakan..itu tidak penting..janji sahabat gua sudah sah menjadi suami seseorang yang dia cintai sampai mati..mem besar nya tersenyum kegembiraan..tahniah kalian..kami tumpang gumbira dan mendoakan anda berdua bahgia hingga ke akhir hayat tanpa ada sekuel lagi kerna hidup hanya sekali..

gua menggigil kesejukan kerna surau itu sejuk disebabkan hembusan pendingin hawa yg teramat kuat..terasa spt menghadiri majlis akad nikah di luar negeri pula..itu lebih elok kerna dgn sifat gua yg mudah berpeluh..ini semua membuat para hadirin termasuk gua tersenyum selesa..semuanya berjalan lancar..sahabat gua mengukir senyuman yg termanis pernah dia rakamkan sepanjang hidupnya sebagai manusia..gua tahu mesti dia lega..senyumannya kerek penuh bermakna kpd kami yg masih bujang bersantapkan megi jika tidak keruan laparnya..

ingin gua membuat pengakuan..ini kali pertama gua menjadi pengapit..dan ini kali yg tidak terkira gua menghadiri majlis perkahwinan..majlis perkahwinan sememangnya best kerna perut yg lapar akan di isi..mata yg liar akan menjinak melihat gadis2 chantek..hati yg panas bakal tercuit lucu melihat telatah anak2 kecil dan org2 tua melatah..ohh indahnya budaya kita..gua bangga menjadi anak Malaysia..untuk menunjukkan apresiasi murni atas perkahwinan mistikal ini,gua sempat utk menyumbangkan lagu karaoke dpd Once iaitu Dealova..walaupun hampir sumbang,gua menyalahkan cuaca yg panas membuatkan suara gua pitching nya lari lintang pukang..tapi sekurang2 nya gua jantan enough to show my talent..hahaaa..tidak ubah spt suara Jamal Abdillah ketika memenangi Bintang RTM lewat 80an dulu gamaknya suara gua untuk memujuk hati ketika itu agar kelihatan cool..terima kasih kombo RTM (iaitu abg2 deejay :p) kerna memastikan CD lagu mengalunkan muziknya dengan baik..

tahniah juga diucapkan kepada semua penduduk dan ahli keluarga yg terlibat dpd pihak mem besar sahabat gua kerna makanan yg disajikan ialah antara yg terbaik pernah gua santap sepanjang gua menghadiri mana-mana majlis perkahwinan..memang terbaekk..gua bukan nk bodek kerna ini ialah kebenaran..tanpa rasa segan silu gua katakan yg gua bertambah sampai gua tidak larat lagi mahu menguyah lagi..otak gua sudah memberi signal utk berhenti makan kerna kenyang tetapi kelazatan sajian kampung itu telah melakukan cross over pd signal otak itu..gua hampir tertewas tetapi mengenangkan impian mem besar gua ingin melihat gua kembali slim n slender spt dahulukala,gua kuatkan juga iman..inilah kuasa chenta orang tua-tua kata..mengatasi segalanya..

sebelum gua mengundurkan diri..tahniah sahabatku dan tahniah kepada mem besarnya..selamat pengantin baru..semoga jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dianugerahkan zuriat baik2 belaka dan comel spt bapaknya serta ayu spt emaknya..gua hampir2 menitikkan air mata mengenangkan memori indah ini..tidak gua sangka sahabat yg pernah tempat gua utk bergaduh-gaduh olok dan berpukul-pukul betul seperti filem tamil akhirnya telah menunjukkan kejantanannya dlm arena perhubungan manusia..mereka bukan sekadar bercinta kosong..tetapi mereka telah berjanji utk bercinta sehingga ke akhir hayat mereka..bercinta untuk hidup bersama di waktu susah dan senang..semuanya bersama..itu adalah keberanian yg gua kagumi..

akhirnya satu masjid telah terbina..semoga mereka mendapat pahala..persandingan mistikal bak di kaki piramid kerna cinta luhur pasangan mempelai mengatasi segalanya..biarpun panas cuaca ketika itu..teramatlah panas sehingga pengapit lelaki basah melencun..tetapi pasangan raja sehari tersenyum indah melalui detik-detik indah itu bagaikan persandingan di kaki syurgawi..tiada cacat cela dan panas tidak berjemput tetapi desiran angin-angin sejuk dari syurga khas utk sahabatku dan mem besarnya..

TAHNIAH BRO!!

Thursday, September 23, 2010

Diskriminasi Mannequin Bersaiz Besar


pusing punya pusing..jalan punya jalan..terkebil punya terkebil..ronda punya ronda...

gelisah kami di tengah-tengah mall terkemuka di ibu kota..

kami rasa terasing..

inikah Malaysia yang di war-warkan?..

perlahan-lahan kami menyanyi bait-bait lagu Backstreet Boys utk memastikan secara spiritualnya kami bersedia dengan kebenaran yang menggusarkan jantung hati ini..

kami menyanyi..terus menyanyi..walaupun pitching lari..kami teruskan juga kerna seakan-akan diri telah transform spt boiben-boiben berkenaan yang semua sedia maklum terpapar di MTV..

kami berpendapat jika menyanyikan lagu-lagu tersebut..aura ke 'cool' lan mereka secara tidak langsung akan melekat menempel pada perwatakan kami..fisikali dan mentally nya..

dangkalnya akal kami ketika itu..tapi kami peduli apa..kami bayar cukai kpd kerajaan apa..tidak percaya kami boleh lampirkan resit-resit fastfood restaurant dlm poket ini..5% disalurkan kpd perbendaharaan negara..oleh itu kami berhak utk kelihatan cool..

tiba-tiba hati bertanya..apakah patut kita menyanyikan lagu Justin Bieber?..

kami kepeningan..ya,Justin Bieber memang fenomena sekarang tetapi..tetapiii..

sejujurnya..kami langsung tidak hafal bait-bait lagunya..

kami hanya mendambakan lagu-lagu hits 90an..tidak lupa juga lagu-lagu Melayu Deli klasik..

anda kurang percaya?..mari berkaraoke bersama kami di pusat-pusat karaoke jamban yg berdekatan..kalau berani..mari kita berentap lagu Dato M.Daud Kilau..nak lagi sadis..lagu Datuk Sharifah Aini..ada brann?..(bak kata sahutan kejantanan pakar2 MLM)

owhh..kami rasa tersisih..

kami ingin bershopping sakan..ingin menyokong seruan kerajaan..marilah berbelanja di Malaysia..tapi kami masih rasa tersisih..halimunan sangat kah kami ini?..

dilihat di cermin..agak kacak juga..teman bershopping tunangan orang..mustahil tunangan orang tidak kacak?..

pening semakin pening..runsing semakin runsing..

mereka bilang orang Malaysia peramah..mereka bilang orang Malaysia bersopan-santun..mereka bilang orang Malaysia berbudi pekerti..mereka bilang orang Malaysia pandai mengambil hati orang Malaysia..mereka bilang mahu tengok Asia..pergilah ke Malaysia..

tetapi..mengapa kami..yang mempunyai mykad ini..orang Malaysia jati..rasa mcm tersisih pula?..owhhh..tolong Tun Mahathir!!..tolong Datuk Najib!!..tolong kami!!..kami sedih bersulam gundah gulana hati berpalang bak pelana kuda di stable lumba Ananda Krishnan..

mahu menyambut Raya pun sudah rasa basi kerna hati disakiti..

"oii..amenda yang ko mengomel dari tadi nih..astaga.." bertanya Golden Bear (member gua) kepada Teddy Bear (gua..hehee,ambik size kecik sikit)

Teddy Bear pun menjawab..

"gua x puas hati..dari tadi dah kiter kuar masuk mall..naik kurus dah gua kerna pembakaran kalori yg terlampau tapi apa yg gua nampak..membuatkan gua marah yg teramat..tidak dpt dibendung perasaan ini..hanya bersantapkan kenny rogers dpt mengubat duka lara ini :("

Golden Bear pun mencelah dengan penuh enthusiastic liar..

"bitching jer keja lu nih..nntlah makan..hari-hari mau makan..hari-hari mau makan..kang jadi harimau!!"..

walaupun tidak funny..tetapi ingin mengambil hati kawan..gua gelak jugaa..hahahaaaarimauuu

akhirnya gua letih dan ingin gua utarakan..

kenapa tidak ada 'mannequin' yang bersaiz besar???????

dari Sogo sampai ke Sunway Pyramid semuanya menampilkan susuk tubuh mannequin yang ala-ala model seluar dalam..ber six-pack dan tinggi melebihi 170cm..owhh sadisnyaa..

ini tidak adil utk kami yg berbadan extra size ini..itu belum lagi dihiris dengan jawapan oleh promoter-promoter kerek yg enggan melayan kami serta menjuihkan bibir mengatakan saiz kami tiada di Malaya..agaknya di Papua New Guinea ada kot..

ini tidak adil..ini tidak adil..tetapi Pihak Kerajaan jangan risau..ketidakadilan ini tidak akan kami gunakan untuk memangkah Parti Pembangkang semata-mata ingin menuntut 'Keadilan'..kami tidak pernah ber 'pakat' utk berbuat demikian..tetapi dalam hati..siapalah yang tahu..

siapa tahu jika tidak diambil perhatian perkara 'mannequin' ini..tetiba gua nk buat parti politik..tsunami politik Malaysia nnt..gara-gara tiadanya mannequin extra saiz..boleh tertubuhnya parti politik..tidakkah indah idea itu?..

maka dgn rasa rendah hati..kami yang bersaiz extra saiz ini ingin menyarankan kpd semua pengusaha pakaian/mall2 terkemuka..buatlah lawatan sambil belajar ke China..mana tahu ada mannequin extra saiz di sana..boleh beli borong..sedangkan iPhone pun boleh made in China..apalah sangat dengan mannequin extra saiz tersebut..sekurang2 nya komuniti kami akan dapat mengukir senyuman dan tidak putus asa utk bershopping sakan selepas ini..

kerna jika anda yg kununnya bersaiz normal ini boley syok sendiri tengok mannequin bersaiz anda..bagilah peluang utk kami utk syok sendiri pula..tak gitu rakyat Malaysia?

sampai sekarang Golden Bear tidak mengaku bhw dia boleh dikategorikan dlm bersaiz besar..

semua terpulang kpd anda..bagilah kegembiraan pd Golden Bear utk pertama kalinya nnt dia mengaku yang dia sebenarnya bersaiz besar..begitu jg dgn Teddy Bear yg kacak ini..

kami tidak sanggup menahan nafas lagi utk mengempiskan perut 'one-pack' kami ketika berhadapan dgn gadis-gadis yg chantek..kami inginkan hidup kami kembali yg tidak dipenuhi dgn kepura-puraan..biar kami selesa begini..janji kami tidak menghadirkan kemudaratan kepada negara..

sekian terima kaseh daun keladi bunting

Tuesday, August 31, 2010

Mereka Berdoa Kita Terasa Makbulnya

gumbira yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata..



alhamdulillah..mengikut kalendar masihi edisi jadual perlumbaan kuda yg berwarna-warni ats meja gua ini menunjukkan seluruh umat Islam telah menunaikan ibadah puasa selama 22 hari..8 more days to go sebelum kita menjengah tingkap Syawal..maka berkumandanglah nanti lagu Tan Sri P.Ramlee 'Dendang Perantau' yg bakal merobek hati kami anak2 perantau ini..oh sadisnyaa..

alhamdulillah jgk puasa gua tidak tergugat selama 22 hari ini..hrp dpt bertahan hingga hari terakhir Ramadan..bunyik mcm leluncon tapi gua simpan urusan ini antara gua dan Pencipta gua..cakap lebih kang boley jadi takabbur pulak gua..kureng lah nnt pahala puasa yg gua dambakan selama ini..oh manisnya berpuasa..semanis kurma Yusoff Taiyoobbb (menyebutnya spt dlm iklan di kotak tv menampilkan suara gadis misteri yg mempunyai echo di penghujung 'Taiyoob') :p

posting kali ini gua tidak akan membicarakan mengenai meriahnya bulan Ramadan yang masih di isi dgn aktiviti yg bersumberkan TEMPURUNG LUTUT pemikirannya..kes seperti diserbu berkhalwat di siang hari (kinky tahap cerpelai musim mengawan sangat ker bro/akak yg terlibat nih gua nk tanyer?..) ,kes buang bayi masih dlm ratio yg membanggakan mengikut indeks kaum jahiliyah,kes kena kejar dgn penguatkuasa kerna tidak berpuasa sambil makan di tempat awam (samseng sangat ke bro?!)..dan kes budak melambung atas pokok meninggal dunia otak terburai dek penangan impak letupan karbaid di stor simpanan mercun milik ayahnya yg bercita-cita mahu menjadi entrepreneur bahan letupan yang gah di bulan Ramadan yg mulia ini..takziah kpd keluarga arwah..

hmm..menghairankan,menyedihkan dan pastinya memalukan..

posting kali ini gua ingin menyentuh betapa lajunya masa bersilih ganti dan ketika masih segar memori kita dgn suasana puasa tahun lepas sedar tak sedar Ramadan sudah menjengah kembali..pasti ada jawapan di sebalik misteri kepantasan ini agaknya gua bertanya di dlm benak hati gua yg berbentuk jantung pisang ini..satu persatu ingin gua rungkaikan agar gua dapat manfaat dpd teori ciptaan gua ini..kenapa begitu cepat masa berlalu?..hmm

dalam kekaburan mencari jawapan..setelah menemui beberapa rakan taulan utk bertukar pandangan dan menyatakan metodologi masing-masing atas mekanisme berlakunya kepantasan di luar pandangan zahiriah ini..maka akhirnya mata lahiriah gua terbuka jua hendaknya..walaupun tidak kukuh pandangan/teori gua ini tetapi sedikit sebanyak dpt mengubat luka inkuiri yg lama berkampung di minda gua selama ini..gua bersyukur bulan yang lebih mulia dpd seribu bulan ini masih mampu menyegarkan minda gua yg hampir lesu ini utk bertemu jawapan..

hati gua kuat mengatakan bahawa semua ini berlaku kerna makbulnya doa anak-anak yatim piatu yg beragama Islam di seluruh pelusuk dunia..yaa,gua pasti..gua sanggup makan sate 30 cucuk untuk mempertahankan teori amatur gua ini..

jika kalian melihat senario ketika menjelang Aidilfitri..kanak-kanak lah yg menyambutnya bagai tiada esok ataupun lusa mahupun tulat..ikut kudrat hati mereka semahunya dihabiskan hari itu jugak kemeriahannya tanpa meninggalkan baki utk kendian harinya..bak kata orang dulu-dulu lahh..

boleh anda bayangkan pulak jika yg berdoakan kehadiran Ramadan/Syawal itu adalah anak-anak yatim piatu?!..anak-anak yatim piatu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kpd kita untuk menjaganya..diamanahkan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W kpd kita untuk menjaga kebajikannya..

maka kita tiada alasan untuk menolak kenapa Ramadan/Syawal terasa begitu cepat datang kembali sedangkan memori kita pd tahun lepas masih segar di ingatan..gua berpendapat ini semuanya kerna makbul doa mereka si anak yatim piatu yg tiada berayah dan tiada beribu :(

kenapa pula mereka berdoa agar Ramadan/Syawal dicepatkan?..

jawapannya amat mudah..tidak perlu menjadi pegawai PTD untuk menjawab persoalan ini..kerna brader penjual popia basah di bazar ramadan pun pasti dpt menjawab persoalan ini dgn flying colors bak kata bangsa sewarna Janice Dickinson..

kerna pada bulan Ramadan inilah aktiviti bersedekah bercambah bak cendawan butang selepas hujan monsun..banyak syarikat-syarikat swasta,badan-badan NGO,perseorangan mahupun kerajaan berlumba-lumba bagai pertandingan berlari dlm guni utk menyempurnakan amalan mulia ini..kalau kalian sangsi,tengok sahaja berita di kaca tv..byk berita mengenainya..syukur ke hadrat Ilahi bila gua mengenangkannya..

dalam bulan Ramadan menjelang Syawal inilah peluang mereka utk bergumbira walaupun ianya sekejap sahaja..kerna dlm bulan inilah mereka lebih disayangi,lebih diberi perhatian,lebih perkongsian duit raya,lebih cantik baju kurung/baju melayu dpd hari biasa,lebih manis senyuman masing2 dan lebih banyak pahala bagi yg bersedekah/menyumbang tersebut..insya-Allah..sesungguhnya bersedekah itu adalah amalan mulia :)

gua tersenyum puas dan hampir menitikkan air mata melihat raut wajah mereka yg ternyata gumbira di atas setiap bentuk sumbangan itu..hilai tawa mereka merupakan satu bentuk kepuasan kepada kita yg bernasib baik ini..sementelah itu gua berfikir,apalah sangat jika gua menyental megi ketika hujung bulan jika dibandingkan dgn mereka-mereka ini entah pernah ke tak menikmati megi dan hanya makan sedap2 ketika menjelang Ramadan sahaja??..sekurang-kurangnya ada jugak dlm sebulan gua sental nasi beriyani sambil jadi bodoh sekejap atas kekenyangan tersebut..mereka pernah ke makan nasi beriyani tiap-tiap bulan??..masya-Allah,gua betul2 insaf..gua betul2 malu..gua mesti rendah hati selepas ini kerna masih ada yg lg sedih hikayat hidupnya dpd gua yg serba serbi sempurna ini..ampunkan dosa hamba-Mu ini ya Allah jika tidak pernah bersyukur pd nikmat-Mu!! :(..

maka terlerai kekusutan gua memikirkan kenapa Ramadan tahun ini dtg dgn begitu cepat..banyak lagi teori lain yg boleh diterima akal..tapi gua saja nk mengutarakan betapa ajaibnya doa-doa mereka ini..kita tidak nampak tapi kita dpt merasakannya..semoga semua anak-anak yatim piatu di seluruh dunia mendapat manfaat barakah di bulan yg mulia ini..harapannya agar mereka tidak rasa disisihkan..senyuman mereka berkekalan selamanya..

tiada beza antara kita..darah mereka turut berwarna merah..mereka turut melafazkan syahadah yg sama tetapi bezanya hanya kita lebih bernasib baik dpd anak-anak ini..harapan gua,jika diberi kesempatan dan rezki lebih di hari muka agar gua dpt bersama-sama meraikan bulan yg mulia ini bersama anak-anak ini..janganlah gua lokek dan kedekut kerna harta di dunia tidak dpt gua bawa ke liang lahad..hanya amalan yang baik di sisi Allah sahaja yang menentukan syurga dan neraka kita..

dan semestinya kita mendambakan Syurga janji Allah S.W.T kepada kita..amin :)


* gambar riang gumbira anak yatim piatu diatas ihsan saudara Aris Khomeini

Sunday, August 1, 2010

Bicara Bak Itik & Ayam Tetapi Kami Bahagia Menyusuri Senja

Syurga Berbisik Penghuninya Tersenyum Bagai Diusik


sejak kebelakangan ini gua keseorangan..tanpa gua sedari usia bersendirian ini telah mencecah hampir 16 tahun lamanya!!..ini satu rekod cemerlang bg manusia yg hambar rutinnya spt gua..mereka enggan tahu bagaimana gua boleh menghadapi segalanya bersendirian..hanya mereka ingin tahu..ahh,dia hidup lagi rupanya..baguslah tuh..hmm,apa boleh buat,gua tiada pencapaian yg boleh dibanggakan sepanjang karier gua sbg manusia ini..ceritanya sama sejak 16 tahun yg lepas..gua pun tidak naik hairan tapi naik bijak jadinya :)..

untuk menafikan pernyataan gua di atas..tidaklah gua keseorangan sesangat..gua keluar dari rumah sudah terpacul muka-muka penghuni dunia iaitu jiran-jiran gua yg menyimpan seribu satu rahsia..muka tersenyum manis jangan disangka manis belaka cerita masing-masing..jika diolah dgn betul dan plot jalan cerita ditambah baik dgn skrip yg superb..kemungkinan besar akan menjadi naskah teragung penceritaan tabiat manusia penghujung zaman sekarang..

untuk membenarkan pernyataan perenggan kedua gua diatas..kami sering bergaul pagi sampai ke senja..tetapi apa yg berlaku di dlm rumah hanya kami dan Tuhan masing-masing saja yg tahu..jiran gua meliputi bangsa melayu,cina,india dan bangsa baru yg belum didaftarkan iaitu 'pengkid'..kami lambang 1Malaysia..kami meraikan kehidupan tetapi sampai sekarang kami musykil kenapa perlu berbaju batik hanya kerna kerajaan menyuruh bukannya datang sendiri dari hati kami?!?..hahahaaa..ngomelan warga gomen kadangkala melucukan..

mukadimah serba sedikit memeningkan..ini bagus kerna otot-otot otak perlu dicanangkan dgn agenda-agenda kabur supaya tidak kendur ketika menuju klimaks penceritaan kelak..jika dileraikan dlm bahasa Malaysia pasar..'kasi warm up la otak tu sket cik minah oiii'..

okie..gua nk start apa sebenarnya gua nk sampaikan pada hari yg bermendung ini..agaknya hujan akan turun seperti biasa petang ini..yang pasti jalan akan jammed dan terowong SMART akan ditutup..tetapi yg tidak pasti adakah esoknya hari akan hujan juga?..tiada apa yg pasti kecuali mati..

okie..ini betul2 nih..damnedd..oleh kerna kurangnya gua melayan sinetron indonesia sejak kebelakangan ini maka percambahan benih-benih kebijaksanaan yg melampau telah berlaku aktif di otak gua..baru gua faham..menonton sinetron indonesia yg beratus-ratus episod boleh mencacatkan minda kita kerna plot ceritanya yg agak boleh diagak dan betul-betul menutoh kebijaksaan para penontonnya telah menyebabkan fenomena bodoh terlampau..akhirnya kita akan buat video peribadi seperti Ariel,Luna Maya dan Cut Tari..mereka cantik,tapi sayang kedangkalan akalnya tidak seiring nafsunya yg berfantasi kabur..bila ditanya..kenapa buat begitu jika dah tahu yg suatu hari nnt semuanya akan terbongkar..jawabnya..entah,tidak tahu........jawapan yg lemah menunjukkan mereka masih belum matang dan tidak ambil pusing perasaan org lain..agaknya anda seorang saja duduk di muka bumi ini??..fikirlah untuk kali kedua dengan beristighfar banyak-banyak kerna dahulunya kita mengaku kita Islam tetapi bila ditimpa bencana kita masih tidak mengadu pada-Nya..kesian kugiran Peterpan..lagunya hiasan setiap karaoke jamban kini tinggal sejarah..

andai gua ialah Sir James Barrie (pencipta watak Peter Pan)..memang gua sumpah Ariel jadi sesumpah..kasi malu nama Peterpan sahaja yg kini dikenali sbg Peterporn!!..gilar ahh ding dong..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

gua akui sejak kebelakangan ini juga..gua byk berinteraksi dgn warga-warga emas..komunikasi kami agak jujur dan dlm masa yg sama gua boleh mengisi 16 tahun kebosanan gua selama ini..mungkin juga gua merindukan interaksi gua dgn mak/bapak gua?..itu pun betul kerna boleh dibilang dgn jari 'perbualan kualiti' kami semenjak gua berumur 12 tahun..bermula umur 13 tahun gua sudah mengembara bagai ditiup angin monsun..baru gua sedar..banyak perkara indah yg sepatutnya berlaku dlm hidup gua telah gua lepaskan kerna mengejar sesuatu yg tidak pasti..hmm..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

sebelum gua menjengah pintu opis..gua akan singgah di gerai nasi lemak Mak Mah..nama penuhnya Fatimah..Mak Mah tu nama komersial lah kiranya utk empunya diri dlm industri kecil-kecilan nasi lemak terunggul di tanah jajahan Pandan ini..

orangnya bertudung ala-ala Datuk Siti Nurhaliza:p..umurnya mungkin dlm lingkungan 60an..gua betul-betul kagum..kerna tidak silap gua hasil perbualan kami,beliau adalah ibu tunggal dan hasil penjualan nasi lemaknya itulah dia membesarkan anak-anaknya smp ke menara gading..whoaaa..

perkenalan kami mengambil masa hampir setahun utk bertegur sapa..itupun Mak Mah yg mulakan..bak kata Mak Mah..byk2 customer dia..gua antara karakter yg menarik perhatian dia..apa yg menarik ialah gua bermuka serius dan fesyen rambut gua byk variasinya..sekejap gua boleh menjadi ala-ala guru taska berambut sisir kemas di tepi dan kadangkala rambut gua mengalahkan artis korea bagaikan tidak terurus..Mak Mah sudah menyaksikan ketika gua berambut pendek ala-ala gomen,berambut hampir2 panjang spt salesman karpet dan berambut betul2 panjang bagai pontianak..Mak Mah kagum..gua mengusiknya bhw masa kecik2 mak gua selalu sapu dgn minyak kelapa,sbb tulah rambut gua lebat..Mak Mah layan sajaa auta gua..

isi perbualan dgn Mak Mah byk merangkumi segala aspek kehidupan..kadang2 kami boleh bergelak tawa bagai anak dgn mak dan ini menghadirkan cemburu kpd assistant nya..iaitu cucu perempuannya..smp ke hari ini gua x tahu nama dia..mungkin sebaya dgn adik gua kt kampung..telefon bimbit tidak lekang di tangannya..Mak Mah bitau cucunya boleh tahan nakalnya..whoaaa..hati-hati dik,enjoylah cinta monyet tu betul-betul..sblm terkinja2 di kendian hari..kalu x adik yg tipu org kendian hari,org yg akan tipu adik..bisik gua dlm hati bagaikan gua pernah bercinta agung sebelum ini..tiada istilah cinta sejati sesama manusia kerna ia tidak kekal..yg kekal ialah cinta kita kpd Pencipta..gua insaf mengenangkan kedangkalan gua selama ini dlm arena percintaan bermetafora kabur ini..bulan Ramadan yg menjelang nih..rasa mcm nk menyulam cinta dgn Pencipta plak rasanya..insya-Allah..

satu lagi menyebabkan gua istimewa di hati Mak Mah ialah..gua jarang beli nasi lemak!!..gua selalu beli mee hoon..sbb sambal nasi lemak boleh buat gua berpeluh bagai berlari marathon di pagi hari..hahahahaaaa

-------------------------------------------------------------------------------------------------

waktu tengahari selalunya gua berada di region opis gua..sblm pusing site smp KLIA,kenalah gua singgah di region utk update kerja gua..di situ gua akan sering berjumpa dgn ramai makcik-makcik yg gua perhatikan suka sgt menyakat gua dan respon gua cukup simple iaitu senyum sahaja..semakin gua senyum,semakin diorang suka menyakat..alamak makcik,gua rocklah!!..rambut gua panjang nih bersyampu pantene..gua kena jaga reputasi rock serantau..semakin gua buat muka unfriendly..semakin ramai makcik2 dtg berduyun2 berkomunikasi dgn gua..agaknya betul teori adik gua..kitorang adik beradik nih memang dimandikan dgn gula masa kecik2..sbb tuh dah besar nih lu buat muka garang mcm mana pun org akan mudah rapat..kemanisannya ada di situ..hahahaaa

makcik2 itu mgkn sudah termakan dakyah colleague gua yg mengatakan gua nih anak gabenor negeri gua..damnedd..adakah mereka ingin memadankan gua dgn anak dara mereka?..gua kurang pasti kerna kami enjoy bila berborak dan tanpa gua sedari..gualah jadi kaki pengusiknya nnt..hmm..ciri-ciri bakal menantu ideal mmg sudah wujud..kena gilap lagilah kot..hahahaaa

tapi plg ramai makcik2 tuh..gua selesa berborak dgn seorang makcik X..kenapa X?..kerna namanya gua tidak tahu..alangkah ruginya gua..insan seistimewa begitu tidak gua tahu gerangan namanya..kerjanya hanya menyapu laman dan menyiram bunga..dia tersangatlah tua..gua sedih seketika..dia dtg dari seberang dlm usia emas begini tetapi tiada yg mahu berborak dengannya..sejak bila kita mengamalkan kasta?..kita nih lagi best dari dia ker?..kiter confirm ker masuk syurga?..

gua selalu berborak dgn makcik berwajah manis ini..senyumnya terlalu ikhlas sampaikan gua buntu utk berbicara..bahasa indonesia nya pekat bak kopi susu..gua layan sajaa,ini semua berkat menonton sinetron:p gua faham serba sedikit bicaranya..perbualan kami kadang2 ketika dia tengah menyapu laman dan gua akan menyusuri taman bunga yg tidak seberapa cantik landskapnya itu utk berborak walau sepatah dua dgn insan penghuni syurga itu..gua control macho sambil menghisap rokok..sesudah habis berborak,baru gua terdetik..alangkah kurang ajarnya gua menghisap rokok di depannya?!..biarlah gua mati sendirian kerna rokok,jgn org tua itu menanggungnya sekali..memalukan sungguh..bagai tiada ibu bapa yg mengajar gua selama ini..gua malu..gua insaf..esok x nak buat lagi..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

balik dari kerja..auntie Rose pula yg akan menunggu gua di parking lot..agaknya sambil dia beriadah..sambil itu dia menunggu rakan berborak sesi petangnya menunggu senja..iaitu gua..perkenalan gua dgn auntie Rose amat unik kerna namanya pun gua tidak tahu (damnedd..gua biadab,tidak tahu etika berkenalan agaknya)..tetapi dia sering memakai baju typical makcik2 cina dan bertampakan bunga rose..sbb itu gua panggil dia auntie Rose..

menariknya persahabatan kami..kami berbicara bagai Itik & Ayam..auntie Rose umpama langsung tidak tahu berbicara bahasa Melayu..gua pulak,manalah tahu berbicara Kantonis..whoaaa..tetapi oleh kerna keikhlasan kami berkawan iaitu berjumpa kerna Allah dan berpisah kerna Allah (ini fahaman gua seorang shj..auntie Rose fahaman lain) ..kami meneruskan persahabatan pelik tetapi benar ini..kami rancak berborak tetapi isi perbualannya gua mmg kurang faham..seronoknya sampai ke senja..

setelah kami menyusuri senja dan hampir menjengah maghrib..auntie Rose bagaikan faham dan dia akan memberi signal menyuruh gua balik dan mandi..tapi signal yg betul2 buat gua tersentap ialah dia menunjukan seolah-olah bersolat..whoaaaa..gilar ahh ding-dongg..gua malu..mahu tidaknya,jika dia tahu gua tgh struggle nk bersolat skg..mana mahu letak muka ini,tidak guna berwajah kacak berambut panjang tetapi menempah neraka..gua boleh lalai melayan game-show merepek dari Jepun ketika maghrib..aduilaa auntie Rose..kalu u mak gua..u rotanlah gua nih..angannya mahu ke syurga tetapi menunaikan solat amat liat sekali..adussss

-------------------------------------------------------------------------------------------------

malam menjengah pula..auntie Devi plak jd bestfren gua..hahahaaa..ini neighbour sebelah rumah..gua rapat dgn auntie Devi kerna dia pye vadey/muruku yg terbaik pernah gua rasa..masih ingat ketika majlis pertunangan anaknya thn lepas (Kogi)..auntie Devi boleh melayan gua bagai raja..hahahaaa..gua melantak tahap dewa kelaparan kerna kebetulan gaji blm masuk..gua siap request tapau kerna masakannya amat sedap sambil menjilat jari..wajahnya syahdu kerna ikut pendapat gua..gua inilah org muslim pertama melantak masakannya bagai melantak masakan ibu di rumah..jgn risau auntie Devi..u vegetarian..gua plak makan apa saja janji halal..apa nk risau..cakap satu 1Malaysia..bantai sajaa..jgn lupa baca Bismillah :)

auntie Devi pun ibu tunggal juga..gua btl2 respek dgn ibu2 tunggal..mereka amat tabah menghadapi hidup yg kengkadang ding-dong ahh ini..kepada semua ibu tunggal..gua salute sama u all..gua mendoakan kesejahteraan anda di dunia dan akhirat..amin

ehemm..auntie Devi terkejut gua boleh bicara panjang psl artis-artis Kollywood..nak2 lagi Rajnikanth..hahahahaaa..see the brain lah auntie..budak pandai depan mata auntie nih..bukan budak tepi jalan..org pandai2 nih buang ke pulau..silap haribulan boleh jadi Pulau Sentosa pulau tuh..kerna kami pandai..majulah pulau tuh nnt..yeaahhhh

-------------------------------------------------------------------------------------------------

posting gua ini bukan edisi hari ibu..kebetulan semua kenalan gua nih makcik-makcik belaka shj..walaupun sudah dimamah usia..mereka masih tabah menjalani kehidupan yg amat pelik ini..wajah mereka bagai imbasan kecantikan syurga..bicara mereka menunjukkan kematangan mereka dlm teka-teki kehidupan..nasihat mereka bagai wasiat yang tiada tolok bandingnya..

maka ini semua mendamaikan hati gua ketika gua berfikir yg gua bakal berseorangan menghadapi hari muka..gua terlupa ada mamak tempat gua membunuh ruang masa berlebihan,ada housemate yg mcm chipsmore sekejap ada sekejap takde utk bergosip liar dgn gua,ada kawan-kawan sudi berkongsi kisah dongeng bijak dgn gua,ada makcik-makcik yang melayan karenah gua,ada abang dan adik berkongsi cerita turun temurun keluarga dan ada keluarga yg pasti menunggu kepulangan gua..gua puas,gua tidak pernah menyesal..

jauh di dlm hati gua,barulah gua mengerti..rupanya gua amat merindui mak,bapak dan adik beradik gua di benua sebelah sana..jangan risau,gua akan balik jika umur panjang..menebus apa yg patut dan kita akan bergelak tawa spt gua berusia 12 tahun dahulu..ketika gua hanya tahu keluarga sahajalah dunia gua..gua amat merindui saat itu..

nun jauh di sana Syurga Berbisik Maka Seluruh Penghuninya Tertawa Bagai Diusik..bicara hatiku kuat mengatakan mereka semua inilah penghuni Syurga tersebut.. :)

Sunday, July 25, 2010

Tidakkah 99.99% Mendatangkan Keraguan?

Keraguan Membunuhnya



selepas selesai melayan ulangan 'Jangan Lupa Lirik' di Astro..hati gua berkecamuk..gembira ada,marah pun ada,ada-ada pun ada,mengada-ngada pun ada..kenapa?

semuanya ini gara-gara hati gua bagai dipermainkan bak permainan Lego..gua semakin kagum rancangan masa kini..tidak seperti rancangan dulu-dulu yg lebih bersifat straight forward seperti 'More Jutaria' ataupun 'Mari Belajar Tajwid' rancangan menjelang maghrib yg byk membuka hati gua yg buta tajwid ini..gilar ahh ding-dong ujar gua dlm hati..baru gua faham,kenapa makcik-makcik,akak-akak,adik-adik manis dan budak kecik blm akil baligh begitu mengagumi rancangan hiburan seperti 'Akademi Fantasia' dan sebagainya..jgn marah pihak Astro..gua hanya kagum sambil mengetap bibir kerna industri anda berkembang pesat sambil mengambil kesempatan atas fantasi kabur kami ini..Tahniah!..RTM dan Media Prima mesti tidak mahu kalah selepas ini..

satu-satunya insan yg gua respek ialah Pak Nil @ Aznil Nawawi..berkat lamanya dlm industri hiburan ini sampaikan dia boleh dikategorikan sebagai pakar dlm bidang pengacaraan berbentuk mempermainkan hati kami yg marhaen ini..kami bagaikan dipukau dgn kata-kata yg masam masam manis ini..sejujurnya gua katakan,air mata jantan gua hampir mengalir melihat rancangan tersebut tapi dlm masa yg sama otak gua cuba menentang proses itu sambil tersekat data-data yg mengalir ke otak gua kerna kehebatan Pak Nil mempermainkan emosi kami hampir kami lumpuh di depan kotak tv sambil terpukau melihat keajaiban buatan manusia ini..gilar ahh ding-dong..moga-moga brader Putra @ YoYo yg menang RM100k tu ingat pd nawaitu asalnya..kalu tidak entah kemana saja hilangnya duit itu nnt..gilar,gilarr dan gilarrr..otak gua sendat seketika mengenangkan kembali memori tersebut..sedih melihat perjuangan YoYo (brader ini menampilkan ekspresi muka yg superb ketika sedih dan tetiba gembira) tp dlm masa yg sama kelakar/geram melihat tingkah lakunya yg terkinja-kinja ketika menuju ke commercial break..

aduhh YoYo..jangan permainkan hati kami yg lemah ini..bisa kena stroke gua ni kang..gua bukan Superman..gua mudah menangis jika hati diusik..muka gua unfriendly..tapi hati gua seindah Taman Pudu Ulu biayaan DBKL itu..jangan YoYo,jangannn..hahahahaaa..cannot go lahh melihat rancangan sebegini..baik gua layan Imam Muda..x pun Akademi al-Quran di TV9..bukak history channel plk kang disajikan dgn episod ulangan adalah bijak pandai dri barat yg nk revealed muka Jesus Christ..huiyoo,gilarr..lantaklah korang,janji korang bahagia..gua pun dptlah ilmu sikit-sikit..

mukadimah panjang saja bikin panas..persoalan utama gua ialah merujuk pd tajuk yg gua utarakan di atas..semuanya berpunca ketika gua melayan pula iklan hand sanitizer..baru-baru ini selepas satu dunia kecoh psl H1N1,semua syarikat2 pharmaceutical tidak kiralah luar atau dlm negara berebut2 mengiklan kan produk mereka..ada yg masuk akal dan kadangkala di luar akal tapi semuanya utk kesejahteraan pengguna gamaknya..

tidak perlu gua nyatakan nama/brand produk tersebut..umum sudah tahu,berapa banyak jer produk2 baik sebegitu di pasaran,semuanya boleh dibilang dgn jari..semuanya perlu marketing yg hebat dr segi psikologinya..gua sarankan ambik Pak Nil sbg consultant ataupun sykt gergasi spt Leo Burnett utk menyempurnakan iklan tersebut,nk murahan sket,boley kontek gua,gua akan buat storyboard yg di luar akal tetapi maintain vogue..huhuu,tidak perlu kreatif spt arwah Yasmin Ahmad atau Khabir Bhatia utk menjadi maestro..otak kena innovatif..mcm Bill Gates:p

damnedd..gua dah melalut..kemusykilan yg ingin gua lontarkan..amatlah mudah dan berbentuk rumi ejaannya..Tidakkah 99.99% Mendatangkan Keraguan?..hmm..cuba bersama-sama gua selami ketidakpastian ini..

byk iklan kesihatan zaman sekarang memberitahu kita jika kita menggunakan produk mereka..99.99% kuman/bakteria akan kembali ke rahmatullah..adakah ia benar?..kenapa 99.99% sahaja?..kenapa tidak 100%..mana perginya 0.01% kuman/bakteria tersebut..adakah bersembunyi ataupun ia adalah bakteria yg teramatlah degil sampaikan tidak mahu meninggalkan kulit kita yg lemak berkrim ini..ataupun bakteria ini adalah bersifat senior/penghuni tetap yg sudah lali dgn apa2 pun jenis sabun/sanitizer?!..wooww..byknya persoalan tetapi demi kebaikan..kita harungi jua..

selalunya target mereka ialah bebudak sekolah..nampak sgt bebudak ni jarang nk menjaga kesihatan mereka..ibu bapa pula klu sudah ditimpa musibah..bagi saja panadol ke anak masing2..sihatlah esoknya..iklan kesihatan pun semestinya bebudak ni jugak yg berlakon..iklan yg gua layan baru-baru ini..amatlah tipikal..tetapi dri segi penyampaian dan iras mukanya..teringat gua dgn guru sandaran gua masa sekolah rendah dulu..gua bukan nak tipu..tapi mmg adalah iras2 nya..sbb tuh gua berminat dan lucu jgk gua dibuatnya..gua pun klu dibagi watak camtuh..sumpah kena herdik dek director agaknya..kerna gua ni camera shy bk kata org barat..huhuu..lakonan budak2 td mengiklan sabun tangan tersebut betul2 meyakinkan..baguslah tu dik,dpt cheque kang..pegi simpan kt SSPN..x payah pening2 dah besar kang nk sambung belajar kt mana2 IPTA/IPTS..

bersambung kpd isu utama..tidakkah ini mendatangkan keraguan/ketidak selesaan kpd pengguna jika mengetahui masih ada 0.01% lagi bakteria masih merangkak bongkak di telapak tangan masing2?!..andainya gua ialah sejenis manusia yg penuh was-was..kemungkinan besar gua akan tidak berpuas hati jika masih teringatkan telapak tangan gua masih ada bakteria yg berjumlah 0.01% shj..ini boleh mengakibatkan kematian yg pasti..sekurang2 nya..jika masih ada 99.99% bakteria di tangan gua yg comel ini tidaklah gua mati dgn penuh penyesalan kerna gua mahu mati dgn aman enggan memikir lebih mendalam apakah jenis2 bakteria yg berjumlah 99.99% tersebut!!..

bayangkan senario anda baru mencuci tangan anda mengikut standard iklan kesihatan anjuran Kementerian Kesihatan..ditambah dgn sabun tangan/hand sanitizer yg berkebolehan utk membunuh hanya 99.99% bakteria tersebut..anda mungkin cepat berpuas hati..tetapi utk seketika..anda mesti berfikir dimanakah bersembunyinya 0.01% bakteria tersebut???..ini boleh mendatangkan marah bk kata movie P.Ramlee lama2 dlu..silap haribulan atas desakan yg amat mendalam..anda akan buntu sepanjang hayat mengenangkan bakteria degil ini..apa shj musibah slps ini yg melibatkan sakit2 minor,yg tidak jelas puncanya..kemungkinan besar anda akan menyalahkan 'bakteria 0.01%' tersebut!!..akhirnya,anda akan bertukar produk..baik jika masih menggunakan sabun biasa..tapi kalu sudah keciwa takutnya anda akan mencuba produk yg lebih kuat spt serbuk pencuci baju ataupun tandas!!..whoaaaa..

kesimpulan dpd hikayat gua nih..jangan jd health concious yg freak sgt..imbaskan kenangan lalu..atok nenek kita basuh tangan guna sabun 'popinjay' pun boleh pjg umur lagi..nak lagi afdal..ambik wuduk tuh..baru kita sedar..ajal dan maut urusan Allah..gua tidak mahu kerana ketidakpastian kita dieksploitasi oleh pihak2 yg ingin mengautkan keuntungan..gua tidak menentang semua ini kerna ia utk kebaikan..tapi tolonglah jgn separuh jalan jer..apa salahnya dgn rasa yakin kita mengiklan 'PRODUK KAMI MENGHAPUSKAN BAKTERIA 100%'..andainya auta pun..tapi tidak akan wujud uncertainties di situ,maka kami pun akan menggunakan produk anda tanpa was-was..ini semua baik utk kemaslahatan masyarakat dunia..

maka ini..gua mengakhirkan cerita dongeng gua dengan menyeru mana-mana syarikat domestik/bumiputra agar merebut peluang ini memasarkan produk anda dengan bijak..tidak perlu kreatif,hanya inovatif dpt mempelbagaikan idea-idea kita,mahukan reference?..jgn segan2 melayari Youtube,sudah2 lah melayari porno kerna langsung tidak menguntungkan tetapi meningkatkan lagi kes2 pelik yg meng ia kan kalam2 Allah yg dunia sudah menuju ke penghujungya..wallah-hu-alam

jangan sampai ada kes budak mati makan sabun kerna keciwa memikirkan dimana perginya lebihan bakteria 0.01% tersebut..mereka masa depan negara:)..

Tuesday, July 20, 2010

Ngomelan Post - FIFA World Cup 2010


PAUL THE OCTOPUS


elo earthling :)..WC dah selamat dilangsungkan dgn gilang gemilang di tanah bekas jajahan kerajaan apartheid baru2 ini..bravoooo!!!

semua sudah sedia maklum pasukan Spain telah menang bergaya dlm edisi thn ini..tahniah juga diucapkan kpd pasukan Netherland..both team deserved beraksi dlm final pd pendapat gua..tahniah juga utk Howard Webb kerana berjaya mengendalikan perlawanan tersebut..terubat juga hati rakyat England kerana ada jgk 'englishman' dlm final tersebut wlpn pasukan England amat hampeh sekali penampilan mereka pd edisi kali ini..

WC berlangsung 4 thn sekali..gua mengenali WC dri kecil lagi..masih teringat lagi aksi2 bintang terdahulu..plg teringat dlm memori gua ialah ketika West Germany menang di Italia 90..pd 94 pula masih teringat gua reaksi Dunga ketika menjulang WC tersebut..sesungguhnya WC nih sudah sebati dlm hidup gua..dan gua pasti seluruh rakyat Malaysia pun sama..kerana badi WC jugaklah banyak jgk pasu2 bunga mak gua sudah pecah dek sepakan padu maut gua..poyo punyer psl mahu meniru idola2 gua..habis harta benda kt rumah gua menjadi mangsa..gua tidak membuang masa..sejurus kemudian gua akan membungkus mana yg ptt dan terus melarikan diri ke rumah arwah nenek kerna melarikan diri dpd amukan mak gua yg pasti meninggalkan birat..hahahaa..terima kasih nek..nenek mmg byk backing gua!!..

edisi tahun ini kalu nak diceritakan secara satu persatu gosip/kontroversi alamatnya anak buah gua sudah masuk darjah 1 pun blm tentu tamat lagi riwayatnya..so gua berkongsi jelah mana yg patut..tapi yg pastinya edisi tahun ini kebingitan 'vuvuzela' akan berkumandang sampai bila2..

byk pasukan tahun ini menunjukkan semangat yg luar biasa..yg plg membanggakan gua semestinya Korea Selatan & Jepun..gua x heran jika di edisi yg akan dtg pasukan2 dpd Asia akan menunjukkan belang lg..begitu jg dgn pasukan dpd benua Afrika..gua boleh menghela nafas lega skg kerana sukan yg kononnya didominasi oleh negara2 barat nampaknya sudah hampir menjadi mitos..melihat semangat Algeria ataupun Ghana membuatkan gua teruja..teringin gua melihat negara kita masuk WC pasni..bagaimana? bila? ..wallah-hu-alam..tp yg semestinya segalanya tidak mustahil pd zaman sekarang..

byk org bertanya pd gua..'bro,lu support team mana?'..jawapan gua simple..every WC dri dlu smp skang gua mmg takde team favourite..gua layan seadanya kerana semangat patriotik gua masih tebal lg..gua lebih melihat kpd semangat sepasukan..klu lu tye gua nama2 legend dlu2..gua boley bg satu persatu tanpa prejudis..kerana diyakini zaman 70 an,80 an dan 90 an ialah zaman satu pasukan berkorban utk superstar2 ini..skg sudah berubah,kita boleh melihat semangat sepasukan mengatasi segalanya dan ini anda boleh lihat bagaimana US yg rata2 pemainnya bukanlah star sesangat tetapi telah mempamerkan permainan sepasukan yg amat menarik..negara yg kita kutuk pggl bola sepak sbg soccer nih lg mulia dpd England yg lawan dgn team Soccer Kids Msia pun blm tentu boley menang..gilar ahh ding-dong..

kenapa England jer kena tutoh dr td nih?!..hahahaa..gua ada confession nih..dlm diam x diam..bak kata org..deep down inside gua adalah (sikit jer:p) supportlah jgk negara yg pernah menjajah negara kita nih..bukan gua nk hipokrit tp alasan gua mudah..bertahun2 dah gua layan EPL (english premier league) so logiklah..itupun gua hanya nk tgk kelibat Wayne Rooney jer..yup,gua staunch supporter Man Utd..ini bini nombor satu gua..klu gua dah ada bini nnt pun..affair gua dgn Man Utd ini tetap diteruskan..dlm diam2 gua akan cuba mempengaruhi anak2 gua utk ikut jejak langkah bapak diorang..jgn ikut jejak langkah ibu mereka yg menyokong Liverpool kerna rata2 player scousers itu kacak tak seberapa..yeahh glory glory man utd!!

yaa..sememangnya gua hampa melihat England yg hampeh,sia2 jer gua bersengkang mata dan mengagungkan EPL..mcm x reti main bola pun ada,mcm menggunakan minyak petrol RON 95 plk gua tgk..padahal Germany,Uruguay,Netherland & Spain masing2 bertenaga seolah2 dirasuk oleh jin bola dan pembakaran kebuk enjinnya disempurnakan dgn kehadiran petrol V-Power..damned englishmen..skg gua tgh memujuk hati ini agar season dpn nih cuba melayan league2 negara lain pulak..serie A ker,Bundeliga ker dan semestinya Premiera Liga Spain..

di sebalik kontoversi kebingitan vuvuzela..satu fenomena telah tercipta pd edisi ini..yup..PAUL THE OCTOPUS..ini bukan sebarang sotong..ini sotong kurita jelmaan Nostradamus pd hemat gua..Paul yg asalnya dpd England telah bermastautin di sebuah akuarium di Germany telah meramal semua perlawanan yg melibatkan Germany dgn jayanya..semua ramalannya betul2 belaka..damned Paul..its really freak me out..ramalannya yg paling keramat sekali ialah menjelang perlawanan akhir WC diantara Spain vs Netherland..Paul has spoken,dia dgn selambanya memilih Spain!!..mahu tahu proses pemilihannya,korang google lah kt net..Paul sudah menjadi popular skg..ugutan bunuh pun Paul sudah dpt..gilarr lah Paul..gua pun x penah dpt ugutan bunuh..ugutan cinta adalah..hehee

semestinya WC thn ini antara edisi yg plg meriah,misteri dan memeningkan pernah diadakan..hati gua bagai permainan made in china sepanjang tournament ini..keluh kesah,tidur x sempurna,makan x termakan,hidup bagaikan zombie spjg office hour ini usah dihuraikan..semua ini melonjakkan adrenalin gua ke tahap yg maksimum..hmm..hidup bola,makan bola,minum masih milo ais kaww jugak..

konklusinya..sukan mengeratkan lagi perpaduan..sukan juga menunjukkan martabat sesebuah bangsa negara..kita mendambakan keamanan sejagat dan oleh itu kami persembahkan FIFA World Cup 2010 ini utk semua umat manusia..sukan tidak mengenal warna kulit,agama dan bahasa..sesungguhnya gua berbangga kerna dpt menyaksikan salah satu temasya yg teragung di dunia..byk yg boleh gua pelajari..nak cerita satu persatu kang anak buah gua habis darjah 1 nk masuk ke darjah 2 pun blm tentu habis lagi dendangan riwayat indah ini..hahahaa

akhir kalam..waka waka Shakira mmg menghairahkan..Shakira mmg contoh makhluk Allah yg hot..kalu Shakira awek sebelah rumah gua..tanpa berfikir panjang..akan gua hantar pinangan keesokan harinya tanpa ragu2 dan prejudis..oh Shakira..tidurku tidak lena mengenangkan lenggok tarimu..nnt kalu ada rezki nk ber'waka waka' kita jumpa lagi :)..

**to mud & bule..korang berdua mmg born to die in Berlin..jgn risau,in future,klu dah ajal mmg kat sana,nnt gua tlg kuburkan dan talkinkan jenazah korang berdua:p..itu pun klu Allah izinkan..